Friday 12 August 2011

Menghidupkan Daya QI (Chi) anda


Dalam banyak penulisan perkataan Chi ditulis sebagai Qi tetapi disebut dengan Chi. Mungkin kita biasa dengar Tai Chi sejenis senaman Cina yang gerakannya perlahan. Sebenarnya selain daripada Tai Chi banyak lagi senaman Cina yang berfokus kepada persoalan Chi, seperti Qigong (dibaca Chigong), Waitankung dan lain-lain. Dalam penulisan ini ingin dibincangkan mengenai Chi dan apakah peranannya dalam kehidupan.

Pada zaman dahulu di negeri Cina, maharaja Cina mempunyai ramai isteri, kadang-kadang mereka mempunyai sehingga 100 orang isteri atau lebih dan mereka ingin hidup lama untuk dapat melayani isteri-isteri mereka secara adil. Maharaja telah mengadakan pertandingan dengan hadiah yang lumayan bagi sesiapa saja yang dapat merekacipta cara untuk hidup lama. Maka lahirlah berbagai-bagai cara mereka untuk mengatasi masalah ini. Timbullah persoalan Chi dan bagaimana Chi berperanan dalam meningkatkan usia seseorang.

Kita namakan tajuk penulisan ini sebagai “Chi dan Daya Kehidupan” kerana kita ingin mencari atau mengungkapkan peranan Chi sebagai daya (force) dalam kehidupan. Istilah daya biasa digunakan dalam mata pelajaran fizik, sebagai sesuatu yang mempunyai besaran (magnitude) dan jika dikaitkan dengannya suatu arah (direction) tertentu, maka kita boleh katakan ianya suatu vektor. Sesuatu yang hanya mempunyai besaran disebut sebagai skalar.

Dalam penulisan ini kita akan fokuskan kepada segi besaran dan kemudian mungkin pada masa yang bersesuaian akan dibincang juga mengenai arahnya. Apakah perbezaan antara daya (force) dan tenaga (energy)? Bila kita sebut perkataan daya, kita kaitkan dengan sesuatu yang aktif, sesuatu yang bersedia untuk digerakkan dan jika kita sebut perkataan tenaga, kita kaitkan dengan suatu yang pasif, erti sesuatu yang kita simpan untuk digunakan pada masa tertentu.

Kedua-dua istilah itu saling melengkapi kerana daya hanya boleh bertindak jika ada tenaga. Jika tiada tenaga bagaimana kita hendak bertindak atau bergerak. Kita biasa dengar, “saya tidak berdaya”, ini bermakna seseorang itu tiada tenaga untuk bertindak. Jika kita menggunakan istilah daya kita juga bermaksud ianya mengandungi tenaga. Jika saya menggunakan istilah tenaga, ianya sekadar suatu besaran yang boleh kita kumpulkan seperti juga tenaga suria yang dapat dikumpul melalui panel tenaga suria.

Desa Pulai 2, Kangar, Perlis, 14 Julai 2007

Saturday 6 August 2011

Darah tinggi turun dengan senaman Waitankung


Hafsoh Binti Abdul Mukti berasal dari Kebarongan, Purwakerto, Jawa Tengah, Indonesia. Jarak kebarongan ke Jogjakarta ialah sekitar 180 km, perjalanan dengan bus memakan masa 5 jam.

Pada mulanya beliau hanya ingin menyertai senaman Waitankung di Kelab Tasik Putrajaya selama enam (6) bulan sahaja kerana belum begitu yakin dengan senaman yang baru beliau dengar itu.

Kini beliau yang berumur sekitar 61 tahun sudah menjalankan senaman Waitankung secara serius selama hampir dua tahun. Katanya beliau sudah selesa dan berminat dengan senaman Waitankung yang sangat sesuai dengan warga berumur 45 tahun ke atas.

Sebelum bertemu dengan senaman Waitankung beliau selalu pening dan berpusing-pusing dan terpaksa segera duduk bagi menghilangkan gejala itu. Gastrik selalu menyerang beliau dengan tiba-tiba, beliau suka sekali mengambil the tarik. Tekanan darah tinggi mencecah 200 mata, maka obat pun tidak sangat berubah. Kulit beliau gatal-gatal dan tidur selalu susah. Beliau berguling-guling di katil tetap mata tidak mau lelap walau sesaat. Lutut beliau pun mengalami masalah sehingga solat pun terpaksa menggunakan kursi, doctor mencadangkan dilakukan operasi lutut tetapi beliau tetap enggan dan meminta untuk disuntik obat saja.

Selepas melakukan senama selama 6 bulan, pening dan gastrik beliau sudah sembuh sepenuhnya. Tekanan darah tinggi sudah berada antara 111 hingga 135 pada bahagian atas dan bawah sekitar 85. Menurut literature kesihatan keadaan ini adalah normal. Kulitnya yang dulu gatal sudah kian sembuh walau pun tidak sepenuhnya. Beliau sudah boleh tidur walau pun masih memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Yang paling menggembirakan beliau ialah beliau tidak perlu lagi menggunakan kursi untuk solat. Ini sekaligus mendiamkan insane-insan yang cuba menyindir beliau pada awal penggunaan kursi untuk solat.

Kini beliau sangat yakin dengan senaman Waitankung dan Insya Allah, jika dilakukan dengan konsisten atau istiqomah secara perlahan-lahan penyakit yang ada dalam badan dapat disembuhkan.

Beliau yang mempunyai 3 anak lelaki dan 1 orang perempuan hidup bahagia di Putrajaya sambil menikmati hari tuanya dengan selesa dan tenteram.

Friday 5 August 2011

Senaman umur panjang

Pada pertengahan tahun 1997 aku menghadiri usrah di rumah Ust. Razali Nawawi, seorang naqib kami yang berpengalaman.

Usai majlis aku berjumpa Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabir yang sudah lama tidak ku temui. Beliau sibuk dengan tugas beliau di Lembaga Letrik Negara dan aku pula sibuk mengajar di Universiti Putra Malaysia.

Aku tidak ingat bagaimana persoalan umur panjang ini timbul, tetapi dia menceritakan yang dia ada mengikuti sejenis senaman Cina yang diberi nama Waitankung. Aku menjadi tertarik kerana beliau mengatakan asal usul senaman Waitankung itu bermula di kalangan Maharaja Cina yang mempunyai ramai gundik.

Mereka ingin sekali berumur panjang kerana ada Maharaja Cina yang mempunyai sekitar 100 hingga 200 gundik dan tidak semua akan mendapat layanan yang saksama dan kadang-kadang tidak sempat pun berjumpa buat kali kedua dan seterusnya.

Al-kisah, menurut cerita yang empunya cerita, diadakan pertandingan mencari senaman yang boleh memanjangkan umur. Setelah dipertandingkan sekian banyak cara memanjangkan umur, Waitankung keluar sebagai juara. Pada asalnya senaman ini hanya terbatas kepada istana saja.

Apabila terjadi peperangan antara puak komunis dan puak nasionalis di Cina, maka Tuan Hj. Ali Chah Chi-tung salah seorang pengamal Waitankung, berpuak nasionalis dan beragama Islam telah menyeberang ke Taiwan dari tanah besar Cina dan memulakan senaman Waitankung di Taiwan. Beliau mengumpulkan orang-orang tua yang sakit-sakit dan siapa yang berminat dan dalam masa tidak berapa lama kebanyakan dari penyakit yang mereka hadapi berangsur-angsur sembuh.

Huraian tentang senaman ini akan dilanjutkan dalam bahagian yang lain.

Setelah mendengar pengakuan Syed Kamaruzaman, maka besok paginya yang jatuh pada hari Ahad pada tahun 1997, saya terus ke Stadium Kajang tepat jam 7.00 pagi. Ketika aku sampai di tempat, belum ramai peserta yang berkumpul dan kami menunggu “syifu” yang akan mengajar senaman.

Sebaik saja “syifu” sampai aku berjumpa beliau dan menyatakan hasrat untuk menjalani senaman Waitankung. Beliau gembira kerana ada orang Melayu yang minat. Aku lihat ada beberapa kawan Melayu yang lain seperti Fatimah Mohamad dan Zamani. Semua arahan dan penerangan dalam Bahasa Mandarin, satu patah pun aku tidak faham, kecuali perkataan “wo men” yang bermakna kita.

Mulailah detik-detik permulaan penglibatan ku dalam senaman Waitankung. Di Kajang, senaman ini diadakan setiap hari Ahad jam 7.00 pagi dan Khamis, malam Jumaat jam 8.00 malam.

Persoalan umur bergantung kepada kehendak Allah semata-mata, yang kita namakan takdir. Walau pun sejak lahir kita telah ditentukan oleh Allah tentang hal-hal rezeki, umur dan lain-lain namun melalui doa kita boleh mohon Allah meminda sedikit kejadian yang sudah ditetapkan itu. Tindakan aku mengikuti senaman itu pun juga berbentuk doa, tetapi dalam bentuk doa dan tindakan.

Sejak 1997 hingga kini aku telah mengikutinya selama 14 tahun dan pada tahun 2009 telah diamanahkan oleh Persatuan Waitankung dan Neitankung Malaysia untuk memulakan senaman Waitankung di Putrajaya dan kami memilih Kelab Tasik Putrajaya kerana persekitarannya yang nyama dan udaranya tasiknya yang bersih.

Sebelum menjalankan senaman, aku mempunyai penyakit gastric namun selepas enam bulan menjalankan senaman ini penyakit itu sudah tiada. Rata-rata yang bertemu muka dengan aku menyatakan umurku 10 tahun lebih muda. Berbalam perasaanku. Tapi aku rasa sungguh sihat dan bertenaga untuk meneruskan hidup dengan berbakti kepada sesama manusia.

Semua bangsa ada dalam kumpulan senaman Waitankung, sejak menjadi ahli seumur hidup Waitankung dan mendapat pengiktirafan colar kuning (Yellow Collar) yang bermakna jurulatih, aku lebih yakin dengan senaman ini.


Dalam lawatan kami ke Taiwan pada 14 hingga 21 Oktober 2009, meghadiri Konvensyen Waitankung Sedunia, kami sempat menziarahi tempat mengajar Mahaguru Waitankung, Tuan Hj. Ali Chah Chi-tung dan membaca Al-Fatihah untuk beliau. Sebagai seorang guru sukan Islam beliau menggunakan masa beliau pada dini hari untuk mendalami teknik senaman Waitankung dan hasilnya Waitankung sudah diterima sebagai senaman yang sangat bermanfaat.

Ketika aku bertugas sebagai pensyarah kontrak di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), aku tetap mengikuti senaman Waitankung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khoon Aik di Kangar. Ke mana pun kita pergi kita boleh mencari tempat senaman Waitankung melalui http://www.waintakung.org yang terdapat di seluruh Malaysia.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bersikap positif dan proaktiflah.

Kenapa orang Cina sangat aktif dalam senaman yang diasaskan oleh seorang Muslim berbangsa Cina, sepatutnya senaman ini subur di kalangan orang Melayu yang Islam. Pemerhatian aku bahwa orang Melayu tidak serius dalam menjaga kesihatan mereka Nampak jelas dengan sambutan yang tidak menggalakkan.

Kalau ada yang datang pun hanya datang beberapa kali saja, padahal kita semua tahu, penyakit itu datang seperti rebut dan sembuhnya seperti semut. Kena banyak bersabar dan berdoa. Bukan boleh dalam satu hari penyakit yang dikumulatifkan selama bertahun-tahun sembuh dengan tiba-tiba. Logiklah sikit.

Insya Allah dengan umur panjang yang sehat yang diberikan oleh Allah boleh kita gunakan untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan kepada agama Allah iaitu Islam. Kita berikan contoh terbaik.

Mari kita sihatkan badan kita dan juga minda kita melalui fikiran yang positif dan proaktif.

Wednesday 3 August 2011

Vertigo and dizziness disappears after practicing Waitankung exercise

Jagathiswary d/o Sickan (Teacher)


I joined the Waitankung class at Bangi in September 2009 basically as a form of exercise to improve my health. I had some health problems including vertigo and related problems like frequent dizziness and body instability. I had to take sick leave. After practising this exercise for about eight months, I find that my general health has improved. Now, I seldom get vertigo attack, and even if I do get it, it is within the manageable level. I do not suffer much and I can still go to work.

Being a teacher by profession, I do lots of writing on the board which has caused strained neck and shoulders. I was experiencing tremendous pain and at one point I could not raise my right hand or even to turn my neck to the right. I used to go for massage and apply hot blanket on my neck but neither worked. However, after learning this art of health, all the pain which I had endured before has reduced. Now, I am able to move my neck without any strain.

Previously, I hardly perspire even after any form of exercise. However, now after practising Waitankung I perspire easily. I perspire even doing a simple house chore like sweeping and that makes me feel good and healthy. Perspiring is one way of eliminating toxin from our body.

This holistic health exercise is certainly very helpful in improving my health. I strongly recommend this wonderful exercise to my family members and friends.

Hilang Sakit Kepala setelah menjalani Senaman Waitankung

Mengakuan Pn. Nora bt Hj. Hussain (Jururawat bersara), mengenai kebaikan Senaman Waitankung untuk kesihatan.


Sebelum saya menyertai Senaman Waitankung, saya sering mengalami sakit kepala. Setelah saya menyertai senaman ini pada 17hb Mei 2008, sakit kepala saya beransur pulih. Seperkara lagi, pada hari pertama Bulan Ramadhan tahun 2008, saya telah diserang sakit Dyslipidemia (mengenai kolesterol). Setelah saya mengikuti arahan doktor supaya makan ubat dan bersenam, saya mengamalkan Senaman Waitankung dan sekarang saya berasa semakin pulih dan sihat.

Pada pandangan saya, Senaman Waitankung ini amat baik untuk kesihatan dan jika kita selalu mengamalkan senaman ini, badan kita akan terasa sihat dan ceria. Insyaalah.
Sebelum saya menyertai Senaman Waitankung, saya sering mengalami sakit kepala. Setelah saya menyertai senaman ini pada 17hb Mei 2008, sakit kepala saya beransur pulih. Seperkara lagi, pada hari pertama Bulan Ramadhan tahun 2008, saya telah diserang sakit Dyslipidemia (mengenai kolesterol). Setelah saya mengikuti arahan doktor supaya makan ubat dan bersenam, saya mengamalkan Senaman Waitankung dan sekarang saya berasa semakin pulih dan sihat.

Pada pandangan saya, Senaman Waitankung ini amat baik untuk kesihatan dan jika kita selalu mengamalkan senaman ini, badan kita akan terasa sihat dan ceria. Insyaalah.

Saturday 30 July 2011

Migraine kronik boleh sembuh dengan senaman Waitankung

Saya, Fatimah bt Mohamad mula menyertai Senaman Waitankung setelah seorang kawan Cina memperkenalkannya kepada saya. Sebelum mengamalkan Senaman ini, kesihatan saya sering terganggu kerana serangan Migrane yang kronik. Saya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk rawatan penyakit tersebut.

Selepas mengikuti Senaman ini, dengan izin Allah, serangan Migraine semakin berkurangan. Waitankung dapat melancarkan perjalanan darah, menguatkan otot-otot dan sendi-sendi. Senaman ini juga membantu meningkatkan taraf kesihatan saya.

Saya rasa bersyukur kerana tidak lagi mengalami serangan Migraine selepas mengamalkan Senaman ini.

Fatimah bt Mohamad
Jurulatih Unit Waitankung Bangi
Cikgu bersara.

Tuesday 19 July 2011

Majlis Penyampaian Sijil Waitankung 24 Julai 2011 (Ahad)

Suatu majlis ringkas penyampaian sijil Waitankung kepada peserta yang telah menjalani ujian Waitankung akan diadakan pada 24 Julai 2011, jam 9.00 pagi selepas latihan senaman Waitankung di Kelab Tasik Putrajaya.

Semua ahli Waitankung Bangi dan Putrajaya dijemput hadir, harap telefon Norizan Othman di nombor 0103187747 jika anda ingin menyertai majlis tersebut pada atau sebelum 23 Julai 2011 (Sabtu), supaya kami dapat menyediakan sarapan pagi secukupnya.

Majlis ini juga menjadi majlis kesyukuran kepada ahli-ahli Waitankung yang lulus ujian Waitankung yang telah diadakan di SRJK(C) Sri Kembangan pada 8 Mei 2011. Mereka yang telah lulus ternyata rajin menjalankan latihan senaman mereka setiap Sabtu dan Ahad.

Semoga senaman yang diasaskan oleh Tn Hj Ali Chah Chi-tung ini menjadi amalan bagi menjaga kesihatan kita.

Juga diumumkan pada masa bulan puasa nanti, senaman tetap dijalankan seperti biasa.